Rabu, 24 Disember 2008
Calon BN Kuala Terengganu
Wan Ahmad Farid Pilihan Tepat Calon BN Di Parlimen Kuala TerengganuOleh Mohd Zahani Sulong KUALA TERENGGANU – Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi P36 Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. Kawasan Parlimen itu dikosongkan ekoran kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu. Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid umumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, di Kuala Terengganu, Sabtu. Beliau menganggap pemilihan Datuk Wan Farid sevagai calon adalah adalah satu keputusan tepat bagi membolehkan BN mengekalkan kemenangan di kawasan tersebut. Pemilihan tersebut dibuat selepas kesemua 103 cawangan UMNO di Kuala Terengganu mencalonkan nama Wan Ahmad Farid sebagai calon, malah turut menjadi pilihan parti-parti komponen di kawasan itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang memilih Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon BN disambut tepukan gemuruh oleh beribu-ribu penyokong BN dan jentera BN bagi kawasan Parlimen tersebut. Dianggarkan sekitar 7,000 penyokong BN datang sebagai tanda sokongan bagi memeriahkan majlis pengumuman calon BN di perkarangan kediaman Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Jalan Sultan Mahmud dekat Pantai Batu Buruk. Turut hadir Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Said, pemimpin parti komponen BN negeri serta ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Noraini Ahmad. Wan Ahmad Farid adalah anak tempatan yang dipilih sebagai Ketua Bahagian kawasan tersebut dan bertugas sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Pemilihan beliau diyakini akan mampu mengekalkan penguasaan BN di kerusi Parlimen itu kerana beliau turut mendapat sokongan bukan sahaja dari pemimpin UMNO lain serta pemimpin parti komponen tetapi dari rakyat keseluruhannya,
Langgan:
Catatan (Atom)
